Sebenarnya, bagi mereka yang terlintas di hatinya untuk bertaubat tatkala sedang melayani nafsunya(buat dosa/maksiat), itu sebenarnya adalah rahmat Allah dan juga boleh disebut sebagai jentikan hidayah. Kadang2 diri kita tidak menyedari itu dan terus dengan apa yang dilakukan. Allah Maha Penyayang kan?
Sedang kita buat maksiat/dosa, Allah masih lagi memberi kita ‘jentikan hidayah’ untuk kembali ke jalan-Nya. Cuma terletak pada diri kita sendiri samada mahu menerima atau tidak.
Hati-hati, jangan mudah menolak mentah jentikan hidayah itu. Fikir baik2. Panjangkan fikiran. Kita sedang buat apa sebenarnya??
Apabila kita selalu tidak mengendahkan lintasan hati(jentikan hidayah) itu, takut2, hati kita sudah tiada sensitif pada perkara dosa dan maksiat. Saat itu, lintasan hati ini tidak mampu menembusi iman kita dan tak mampu menyentak atau menjentik hati kita yang keras ini.
Aduh, parahnya hati ni!
Mahu menjaganya payah, tapi kesannya amat besar…
Jangan sesekali tidak mengendahkan lintasan hati(jentikan hidayah) ini kerana itu adalah tanda Allah masih sayang pada kita..
Bagi mereka yang tiada berbuat apa-apa(lapang dan kosong-tiada agenda), lintasan hati ini terkadang mengisi benakmu untuk berbuat sesuatu. Maka pesanan, buatlah(ikut kata hati yang suruh buat baik). Kerana apabila ia diendahkan, timbullah tentera syaitan mengacau dalam hatinya. Hinggakan hatinya kini haru-biru dek peperangan dalam hatinya.. Dia pun keliru nak memihak yang mana~
Anda setuju??
0 komentar:
Posting Komentar